1) KUMPULAN MURID CERDAS
Mata Pelajaran : Matematik
Masa : 8.15 - 9.15 pagi ( 60 minit )
Kelas : 2 Berlian
Topik : Isipadu Cecair
Kemahiran :
Mengukur dan membandingkan Isipadu Cecair Menggunakan Unit Piawai
Hasil Pembelajaran :
Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid boleh mengukur dan membandingkan isipadu cecair dengan perbandingan secara langsung menggunakan unit piawai dengan betul dan tepat.
Pengetahuan Sedia Ada :
Murid telah mempunyai pengetahuan dan pengalaman menggunakan perbendaharaan kata ‘penuh’, ‘separuh’ dan ‘kosong’.
Kemahiran Berfikir :
Perbandingan, Menghasilkan Idea, Ingat kembali
Penerapan Nilai :
Kerjasama, Keyakinan Diri dan Berdisiplin
Bahan Bantu Mengajar :
Bikar, silinder penyukat, baldi,span, botol mineral.,air.
silinder penyukat bikar
Langkah-langkah Pengajaran
Set Induksi
1. Murid ditunjukkan dengan alat penyukat isipadu cecair yang standard iaitu silinder penyukat dan bikar.
2. Murid diberi penerangan tentang kedua-dua alat penyukat tersebut.
silinder penyukat bikar
Langkah 1
1. Murid ditunjukkan cara bagaimana untuk membaca dan merekodkan isipadu menggunakan alat penyukat.
2. Murid diterangkan tentang unit piawai yang standard bagi isipadu cecair ialah liter ( l ) dan milliliter ( ml ).
3. Guru menyediakan jag yang berisi air dan dituangkan ke dalam silinder penyukat. Murid membaca isipadu air tersebut bersama-sama.
4. Ulang aktiviti yang sama menggunakan bikar.
5. Murid dipilih secara rawak untuk membaca isipadu air dan merekodkan di papan hitam.
Langkah 2 ( Isi Air Dalam Botol )
1. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan yang masing-masing terdiri daripada 5 orang untuk satu kumpulan.
2. Setiap kumpulan perlu melantik seorang ketua ataupun pencatat untuk merekodkan bacaaan isipadu air.
3. Setiap kumpulan diberikan 1 set bahan iaitu 2 botol minuman ( besar ), span, sebaldi air dan satu silinder penyukat.
4. Setiap ahli kumpulan akan bergilir-gilir mengisi air dalam botol menggunakan span yang telah dicelup ke dalam baldi.
5. Setiap murid diberi masa 3 minit seorang dan apabila masa tamat guru akan meniup wisel untuk ditukar dengan ahli yang lain.Ulang sehingga semua ahli mengisi air dalam botol tersebut.
7. Murid kemudiannya menyukat isipadu air dari botol minuman ke dalam silinder penyukat.
8. Pencatat akan merekod keputusan isipadu air kumpulan masing-masing.
9. Kumpulan yang mempunyai isipadu air yang paling tinggi akan dikira sebagai pemenang.
10. Murid membaca isipadu air kumpulan bersama-sama dan membuat perbandingan yang mana paling banyak dan paling sedikit. Guru menekankan bacaan menggunakan liter ( l ).
Langkah 3
1. Murid diedarkan Lembaran Kerja.
2. Murid menjawab soalan di dalam Lembaran Kerja masing-masing. Guru memerhati dan membimbing pelajar jika perlu.
Penutup
1. Murid dan guru bersoal jawab dan membuat kesimpulan dan rumusan tentang topik pada hari ini.
No comments:
Post a Comment