Kaedah pengajaran dan bahan bantu mengajar merupakan perkara penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penglibatan murid secara aktif akan dapat memberikan pengalaman secara langsung dalam proses pengenalan konsep. Murid akan lebih mengingati sesuatu perkara apabila melakukannya sendiri berbanding melihat gambar ataupun mendengar penerangan guru. Ini akan memberi kesan pembelajaran yang amat menggalakkan.Murid juga akan bekerjasama secara koperatif semasa menjalankan aktiviti dan akan dapat memupuk nilai-nilai murni seperti bantu-membantu, sabar, disiplin dan hormat-menghormati antara satu sama lain.
Penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dan relevan amat penting dalam topik isipadu cecair. Apatah lagi, ia merupakan topik yang baru bagi murid Tahun 2. Jika tersilap fakta dalam penyampaian konsep dan maklumat, ia akan menjadi satu masalah yang besar apabila mereka meneruskan untuk Tahun 3 dan seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi nanti. Oleh itu, guru perlu memperbetulkan salah konsep murid-murid ini dengan segera terhadap kapasiti cecair di dalam pelbagai saiz dan bentuk bekas.
No comments:
Post a Comment