2) KUMPULAN MURID LEMAH
Mata Pelajaran : Matematik
Masa : 8.15 - 9.15 pagi ( 60 minit )
Kelas : 2 Delima
Topik : Isipadu Cecair
Kemahiran :
Mengukur dan membandingkan Isipadu Cecair Menggunakan Unit Bukan Piawai
Hasil Pembelajaran :
Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid boleh mengukur dan membandingkan isipadu cecair dengan perbandingan secara langsung menggunakan unit bukan piawai dengan betul dan tepat.
Pengetahuan Sedia Ada :
Murid telah mempunyai pengetahuan dan pengalaman menggunakan perbendaharaan kata ‘penuh’, ‘separuh’ dan ‘kosong’.
Kemahiran Berfikir :
Perbandingan, Menghasilkan Idea, Ingat kembali
Penerapan Nilai :
Kerjasama, Keyakinan Diri dan Berdisiplin
Bahan Bantu Mengajar :
Bekas A dan B, botol minuman besar, teko, gelas, cawan, mangkuk, air dan corong air.
Langkah-langkah Pengajaran
Set Induksi
1. Murid ditunjukkan dengan 2 bekas yang sama saiz berlabel A dan B tetapi mempunyai isipadu air yang berbeza.
2. Murid dan guru bersoaljawab. “Bekas mana yang mempunyai banyak air dan bekas mana yang mempunyai air yang kurang?”.
3. Murid menjawab secara lisan.
Langkah 1
1. Semua murid berkumpul di meja guru untuk melihat tunjukcara oleh guru.
2. Guru menyediakan 1 besen air, 1 jag dan 1 cawan sebagai penyukat/pengukur.
3. Murid membilang bilangan cawan air yang dituang oleh guru untuk mendapatkan keputusan.
4. Guru membuat demostrasi yang menunjukkan 1 besen air adalah bersamaan dengan 7 cawan air manakala 1 jag air adalah bersamaan dengan 5 cawan air sahaja.
5. Murid dapat membuat rumusan bahawa konsep menyukat isipadu cecair tanpa menggunakan unit piawai.
Langkah 2
1. Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan yang terdiri daripada 4 orang ahli.
2. Seorang pencatat dilantik bagi setiap kumpulan untuk merekodkan bacaan/ keputusan.
3. Setiap kumpulan diedarkan dengan 1 Borang Keputusan, 1 cawan, sebaldi air, 1 botol minuman, mangkuk, teko, gelas dan corong air ( mengelakkan air tumpah semasa menuang ke dalam botol minuman ).
4. Murid menjalankan aktiviti bersama-sama dengan dipantau oleh guru.
5. Pencatat merekodkan bilangan cawan air yang diperolehi bagi setiap bekas di dalam Borang Keputusan.
6. Murid diberi masa 10 minit untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.
7. Ketua kumpulan akan membentangkan jawapan mereka.
8. Kumpulan yang mendapat markah yang tertinggi akan dikira sebagai pemenang dan diberi hadiah.
Langkah 3
1. Murid diedarkan Lembaran Kerja.
2. Murid dibimbing secara individu dalam menyiapkan latihan mereka mengikut keperluan.
3. Murid dan guru berbincang tentang jawapan latihan tadi bersama-sama.
Penutup
1. Guru membuat rumusan tentang pelajaran pada hari ini.
No comments:
Post a Comment