SEKAPUR SIREH

Alhamdulillah, bersyukur kepada Tuhan akhirnya saya dapat menyiapkan Tugasan HBMT2103 dengan jayanya. Jutaan terima kasih kepada tutor, Encik Chua Chong Sair kerana telah banyak membimbing saya dalam menyiapkan tugasan ini. Selain itu, tidak lupa juga buat rakan-rakan yang telah banyak memberi tunjuk ajar bagaimana untuk mencipta satu blog. Jasamu akan tetap dikenang.....

Tuesday, November 23, 2010

BAHAN BANTU MENGAJAR

KUMPULAN MURID CERDAS

















KUMPULAN MURID LEMAH






















             Bahan bantu mengajar adalah faktor terpenting dalam menentukan kejayaan program pembelajaran, menimbulkan rangsangan keinginan pelajar-pelajar untuk mengetahui sesuatu dan untuk menjadikan pembelajaran baik dan lebih menarik. Bahan bantu mengajar (BBM) bukanlah merupakan sesuatu yang tersisih sifatnya daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Mengikut Noraziah Abdul Hamid ( 1981: 2 ) , bertajuk “ Alatan Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa, ‘ alat bantu ‘ itu mestilah dianggap sebagai satu bahagian yang padu dalam proses tersebut.
           Ia bertujuan untuk menambah kelancaran perhubungan antara guru dan murid dan sebaliknya, murid sesama murid serta membantu atau mempercepatkan proses pemahaman mereka. Pendapat ini disokong sama oleh Edgar Dale ( 1964 ) yang digambarkan dalam bentuk cone of experience di mana proses pembelajaran bermula dengan proses aspek semi-abstrak hingga kepada yang lebih abstrak. Penggunaan BBM juga sebahagian daripada kaedah dan idea-idea yang disampaikan oleh guru kepada murid-muridnya. Walau kaedah apa digunakan sekalipun BBM pasti turut sama, supaya komunikasi guru murid berjalan dengan baik.
            Oleh itu, saya telah memilih bahan bantu mengajar yang mudah untuk didapati iaitu yang ada di persekitaran murid-murid. Contohnya botol minuman, cawan, gelas, span, baldi, mangkuk, jag, teko dan sebagainya. Semua barang ini sudah dikenali oleh murid dan ada yang pernah menggunakannya seperti cawan dan gelas. Ini akan memudahkan penerimaan pembelajaran murid dengan cepat dan jelas.Selain itu, ia
juga ekonomi di mana guru tidak perlu mengeluarkan belanja yang besar dalam penyediaan bahan yang sesuai. Malah dari segi pengurusan masa pula, ia tidak memerlukan masa yang lama untuk menyediakannya. Justeru itu, semua bahan bantu yang saya pilih ini adalah tepat dan relevan dengan konsep isipadu cecair yang hendak diajar kepada murid.



No comments:

Post a Comment